surya adliza
REFLEKSI ANDA

Anda dikehendaki untuk membuat refleksi terhadap soalan-soalan yang dikemukakan di dalam blog anda sendiri. Penilaian akan dibuat berdasarkan cara anda melakukan refleksi atau dalam erti kata yang lain cara anda menjawab soalan-soalan refleksi berikut:

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?


Jawapan Refleksi 1

-Seorang guru mestilah menguasai bidang ICT, bukan dalam bidang pengajaran sahaja. Ini bertujuan supaya seorang guru dapat melahirkan generasi baru yang peka terhadap perkembangan dunia masa kini dan dapat bersaing dengan dunia luar dalam pelbagai bidang.


Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?


Jawapan Refleksi 2

-Saya akan menyebarkan maklumat kebaikan mengenai ICT, membuat kursus mengenai cara-cara mengendalikan software yang selalu digunakan seperti WORD, POWERPOINT dan EXCEL. Saya juga akan membuat satu kertas kerja yang berobjektifkan untuk membudayakan ICT di sekolah tersebut dan programnya dinamakan “BULAN ICT”, di mana semua guru dalam bulan tersebut akan melakukan pembelajaran dengan menggunakan ICT seperti “slideshow” di dalam kelas.


Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.


1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Jawapan 1

-Ciri-ciri yang perlu saya ada adalah saya mesti mempunyai kemahiran dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan agar murid-murid akan mudah faham di dalam pembelajaran atas talian itu. Selain itu, saya mesti dapat mengawal pembelajaran dalam talian agar murid-murid dapat mengikuti keseluruhan pembelajaran tersebut.


2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Jawapan 2

-Pensyarah/tutor mestilah menyiapkan/menyediakan bahan untuk diajarkan sebelum bermulanya pembelajaran tersebut. Bahan stau sumber mestilah berdasarkan tajuk pembelajaran yang akan diajarkan.



3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Jawapan 3

-Seorang guru mesti memfokuskan kepada pelajar yang mempunyai masalah ketika itu. Memberi penerangan dengan lebih lanjut mengenai permasalahan yang sedang berlaku. Dalam masa yang sama, pensyarah mestilah mengambil berat juga tentang pelajar yang lain.



Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah sepertiberikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?


Jawapan 1

-Saya merasakan ia merupakan tugasan yang agak sukar tetapi mempunyai manfaat yang besar di mana saya perlu menguasai bidang ICT ini. Walaupun begitu, saya tetap merasakan tugas yang diberikan ini amat menyeronokkan saya dan memberi satu cabaran yang besar dalam menyiapkannya.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?


Jawapan 2

-Sememangnya projek ini dapat membantu saya. Saya sekarang telah mempelajari pelbagai jenis ilmu yang baru bagi saya dan ia amat berguna bagi saya untuk dipraktikkan di sekolah nanti tidak kira ketika latihan mengajar ataupun ketika telah di iktiraf menjadi seorang guru kelak.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan) Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Jawapan 3

-Ya, saya akan menukarkan kaedah bintang tersebut kerana ia tidak memberikan maksud penilaian tersebut. Saya mencadangkan agar kaedah mengkritik dan markah di mana setiap rakan-rakan saya akan memberitahu kelemahan produk dan pembentangan yang telah saya hasilkan sambil melakukan permarkahan. Dari situ, saya akan tahu apa yang perlu diperbetulkan dan mengetahui segala kelemahan yang terdapat pada produk dan pembentangan saya.



Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?


Jawapan Refleksi 5

-Ya, saya rasa ia perlu diubah kerana sukatan ini haruslah memasukkan modul perbincangan secara online yang lain sebagai tambahan iaitu forum di dalam satu laman atau blog khas bagi membincangkan masalah-masalah pendidikan islam seperti forum agama ataupun forum khas multimedia supaya para pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu subtopic dan membincangkan masalah yang dihadapi di dalam sesuatu subtopic itu secara bersama.